Wednesday, August 18, 2010

neraka


gambar nie diambil kat kerteh masa dlm kereta balik dari melaka ke dungun. ngeri kan......

jalan


gambar nie diambil masa tengah bosan tahap gaban didalam kereta menuju ke shah alam

sabar

gambar nie diambil di highway baling-grik. hemmm, punyelah aku follow lori nie tunggu line putus2, tetiba dengan selamba badak je kenderaan dibelakang potong. tak kisah sebenarnya tapi kita kan ada undang2. kalau islam ada syariatnya...

senja dipantai


gambar kat tepi pantai depan pak lah nasi kukus bersebelahan dengan UiTM Dungun

Tuesday, August 17, 2010

kerajaan langit

gambar nie diambil masa beli barang rumah kat aneka dungun. hebatkan ciptaan tuhan....

lalat

dengan gambar inilah segalanya bermula. diambil masa on the way ke shah alam untuk present paper kat Seminar Perhotelan Islam. masa singgah kat kedai makan, nik tanye kamera nie boleh ambik gambar lalat ke tak? aku cakap boleh... (dengan confident je... padahal masa tu aku pun tak pernah test lg pun.)

so, at the end, gambar nie bagi aku cantik dan aku terfikir.... KENAPA ALLAH MENGHADIAHKAN GAMBAR LALAT YANG CANTIK?????????? . so, bila balik ofis, aku bukak al-quran mencarikan ayat tentang lalat... dan ada pulak tu. so, aku faham mungkin ini mampu menenagkan diriku. berdakwah dengan menggunakan gambar..... semoga ALLAH memberkati usahaku ini.... amin

Sunday, August 15, 2010

nik

nie model terkini dan terhangat masa kini. nik adnan nik mat. gambar nie diambil kat ofis aku je.. hehhehe

aiman terbang

time ni kami berada dipantai. lebih kurang kul 8.00 pagi. gambar nie diambil oleh wife aku. terror jugak da ambik gambar. lepas nie kena menuntut ngan dia nie. hahhahaha

buluh

buluh nie digunakan sebagai tempat parking bot.

sunrise di dungun


gambar nie diambil pada hari jumaat 13 ogos 2010 pada pukul 7.04 pagi. Al-kisahnya, pagi nie aku kena jadi fasilitator untuk program finishing school. lepas sahur ngan subuh aku malas nak tido balik. mau terbabas nanti. kalau terbabas, hilanglah prinsip islam yang menepati masa. so, akupun layan komputer. dlm kul 6.30, mata dah semakin berat. nie kena tukar aktiviti nie. jengok kat luar rumah..... "menarik jugak kalau gi pantai nie, cuaca pun ok nie". so dengan baju melayu bertemankan kain pelikat, aku mengusung kameraku merakam kebesaran ciptaan Allah.